Shalat tarawih

Shalat Tarawih adalah shalat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas shalat Isya dan sebelum solat Witir.Shalat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin.Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah s.w.t, niscaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah(s.w.t.” (Riwayat al-Bukhari)

Maksud daripada Hadits tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan shalat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya,maka Allah s.w.t akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil.Adapun mengenai dosa-dosa besar,maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha. Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s